Friday, March 28, 2008

KONTRAK SOSIAL - Masihkah relevan atau sudah patut di rombak?



Bom hidrogen yang meranapkan Hiroshima dan Nagasaki telah menewaskan Jepun dalam Perang Dunia Ke-2. British yang sebelumnya telah lari dari bumi ini kerana tidak mampu mempertahankannya, telah kembali semula dengan gagasan untuk menubuhkan Malayan Union dengan tujuan untuk meletakkan kuasa memerintah secara langsung di bawah Baginda Queen dan sekaligus menghapuskan kuasa dan hak Raja-Raja Melayu. Tidak bersetuju dengan gagasan itu, maka Dato Onn Jaafar memulakan perjuangan menyatu dan mengumpulkan suara orang Melayu.



-------------------------------------------------------------------

Hasilnya pihak Kerajaan British telah membatalkan gagasan Malayan Union dan bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat semua kaum (termasuk mereka yang sengaja didatangkan oleh British untuk bekerja di sini) bersetuju untuk hidup aman-damai, bekerjasama dan berkongsi kuasa serta memperakui bahawa:
- Orang Melayu adalah TUAN kepada Negara ini,
- Agama rasmi Negara ini adalah agama ISLAM,
- Bahasa rasmi Negara ini adalah BAHASA MELAYU,
- ORANG MELAYU sebagai penduduk asal tanah ini akan diberi HAK-HAK KEISTIMEWAAN yang tertentu;


Sebagai balasannya, orang Melayu bersetuju untuk memberi taraf KEWARGANEGARAAN kepada kaum-kaum lain dengan syarat mereka:
- Boleh bercakap MELAYU,
- Memahami, menerima dan menghormati ADAT RESAM MELAYU,
- TIDAK MEMPERSOALKAN HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU.

(errr.... butiran-butiran Kontrak Sosial ni memang ramai orang tak tau ke? Atau ramai orang lupa? Ke buat-buat lupa? Melayu memang la dah tentu... melayu mudah lupa. Yang lain2 tu, lupa jugak???)


Selagi persetujuan yang telah sama-sama diterima dan dipersetujui dalam proses negara mendapat kemerdekaan itu dihormati, maka keharmonian hidup antara kaum-kaum yang ada di Malaysia ini tetap akan terjamin.

Persoalannya, apakah persetujuan yang telah berlaku dalam sejarah dan dikenali sebagai KONTRAK SOSIAL itu masih relevan dalam kehidupan hari ini? Setelah 50 tahun negara ini mencapai kemerdekaannya?

Thursday, March 27, 2008

WARISAN

ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG

NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMA LAH KITA
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN

INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN
PERIBUMI MERINTIH SENDIRI

MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG

KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI

KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA!!!!

Tuesday, March 25, 2008

MELAYU BODOH

"Ada-lah suatu hairan , lagi terchengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang melayu ini belum sedar akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu....... Maka mustahil pada akal, adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendiri-nya" MUNSHI ABDULLAH

PERGI MAMPUS DENGAN MELAYU

Panas telinga??? Mendidih darah??? Belum??? Haa... sekali lagi saya tolong ulangi....
PERGI MAMPUS LA DENGAN MELAYU!!!!