ANAK KECIL MAIN API
TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT
BUMI DIPIJAK MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA
TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMA LAH KITA
CINTA LENYAP DI ARUS ZAMAN
INDAHNYA BUMI KITA INI
WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KE TANGAN YANG LAIN
PERIBUMI MERINTIH SENDIRI
MASA DEPAN SUNGGUH KELAM
KAN LENYAP PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUPLAH HATI TERKUNCI MATI
MARUAH PERIBADI DAH HILANG
KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA
YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI
PULIH KEMBALI HARGA DIRI
KITA SUDAH TIADA MASA
MAJULAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH TERLALAI TERUSKAN USAHA
MELAYU KAN GAGAH DI NUSANTARA!!!!
Thursday, March 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam...
saya akui, saya sering gagal menahan titisan airmata setiapkali mendengar bait2 lagu ini. memang syahdu... dan "terganggu" menghayati realiti di sebalik lirik yang dikisahkan. kebelakangan kedengaran ramai khalayak yang melabelkan lagu ini sebagai bersifat "perkauman". ye lah...bolehlah mereka komen itu ini kerana mereka sedikit sebanyak faham maksud lirik nya. kita yang tak faham lirik2 lagu2 dalam bahasa mereka tak boleh la nak komen lagu2 mereka kan? siapa tahu apa pula kandungan atau mesej2 dlm lagu2 mereka??? ;-)
TIDAK! ini bukan lagu perkauman. ini lagu tentang realiti. dan seiring dgn hasrat blog ini utk "bercakap tentang realiti", maka memang sesuai lagu ini ditonjolkan.
Salam kembali.
Perkauman? Suatu istilah besar tu. Dan pasti menuntut perbincangan serta kupasan yang pastinya sukar kita temui titik noktah.
Apa definasi perkauman?
Pasti lambat-laun akan saya bicarakan di sini. Tunggu saja masa yang sesuai.
perkauman? korok mu!!!!
lagu 'negara-kuku' tu bukan perkauman ke??? amende kena mamat tak sedor diri tu? ada kena ISA? tarak. mintak maap jek... cheh, wat malu orang muor jek!!
silap2 gaya pas ni jadi calon bertanding pilihanraya, pastu menang, jadi ahli parlimen (ahli parlimen yg tak reti cakap melayu).
kahkahkahkah...
ehh... PKR takmo rekrut dia ke awal2??? cepat woi, kang DAP sapu dulu...
cukuplah bermain kata2 ,berapa kerat yang suka berbahasa seperti awak , sedarlah anda adalah melayu jati yang berada di dalam dunia sendiri melayu sekarang memerlukan pepimpin yang berani seperti hang jebat bukan seorang sasterawan seperti kamu .
memang pena berbisa tapi sastera tidak pernah berjaya menawan apa2 yang menulis syok sendiri, saya meluat ,membaca petikan dan bait2 diatas .anda masih bermain dengan keris lagi didunia yang maju dan moden .MENGAPAKAH ANDA LENAAA DIDALAM DUNIA ANDA SENDIRI.
APAKAH TUJUAN ANDA MELAHIRKAN BLOG ANDA YANG SYOK SENDIRI INI APAKAH ANDA SEDAR ANDA TERLALU KEBELAKANG.
SAYA RASA ANDA PATUT BERADA DI CENTRAL MARKET MEMBACA SAJA BERSAMA PYAN HABIB ,
hijo....
(ehh, cam jowo je? hehehehe, jgn marah yek, kalu jowo pun melayu gak)
memang saya bukan pemimpin. kalau saya pemimpin, dah lama saya kumpul 500, 1000, 5000 tandatangan dan hantar petisyen buat tuntutan tu tuntutan ni untuk org melayu. tapi saya pun bukan sasterawan... tinggi sangat tu level nye...
ok la, wa cakap lu yek, lu cakap wa syok sendiri ke, wa puitis ke, jiwang karat ke, wa takde hal nye. wa boleh cool beb. tapi lu citer bab "bermain dgn keris di dunia yg maju", yg ni wa nak balas sket. lu nak cakap org skang pakai AK47, submarine, nuklear, so keris dah tak relevan?
betul la tu kalu lu tgk keris sebagai senjata. mmg masak kena titik la lawan mesingan dgn keris. tapi keris bagi gua adalah lambang SEMANGAT orang melayu. HANTU dalam jiwa orang melayu. lu rasa2, dlm kisah Hang Tuah, TamingSari tu apa? sekadar sebilah keris yg boleh bagi jadi kebal? mau ingat sket, hikayat melayu lama ni banyak berkias2. takkan semata2 kisah seorang lelaki luarbiasa bernama Hang Tuah yang tetiba jadi kebal setelah di kurniakan sebilah keris bernama TAMINGSARI? ehh, kan khurafat tu? masa tu plak, melaka dah berkembang pesat dgn ajaran islam, tok2 guru arab bersepah2 kat melaka. takkan boleh ada benda2 khurafat camtu berleluasa? so, adalah tu kiasnya kenapa TAMINGSARI tu di hidupkan wataknya seiring dengan watak Hang Tuah yg jadi kebanggaan org Melayu tu... (ye ke ni org melayu bangga???)
ok, tujuan wa start blog ni? wa nak ajak orang melayu yg mudah lupa nih, tgk balik keadaan skrg nih. orang melayu pecah-belah. yang untung sapa? sejarah dah banyak cerita, kerajaan melayu melaka kalah pun sebab org melayu pecah-belah, tikam sama sendiri. Jebat mati pun, Tuah yg tikam. So, tak nak ingat2 gak lagi?
(err... mungkin lu ckp wa terkebelakang sebab wa byk ungkit pasal sejarah kot???)
Tu pasal wa post lirik lagu ni. sesapa yg minat, pikir2 lah mesej dari lirik lagu tu... pastu relate la dgn recent scenarios. betul ke tak. pikkir la sendiri...
ok la... wa bukan nak gaduh dgn lu. wa nak kawan dgn sume melayu. rapatkan saf. dah cukup dah melayu gaduh melayu. org lain duk gelak tgk. ingat apa? melayu ni badut wat lawak sarkis ke?
apa2hal pun wa respek semangat lu. komen2 lu pun wa terima. skang lu meluat lagi ak baca gaya bahasa gua? wakakaka... wa fleksibel nye...
satu je wa nak tanye...
"melayu sekarang memerlukan pepimpin yang berani seperti hang jebat"
....mana nak cari???
sya bersetuju dengan pendapat tokkupaloh,orang kita suka berbudi dan kita masih mempunyai sifat sopan santun yang tinggi.
Mana jebat hendak dicari?tadi tuan nyatakan kita berada di dunia yang moden, pembaharuan telah melepasi tamadun orang2 melayu. itulah keburukan kerana tidak memikirkan bahwa kita sebenarnya masih mundur.Tahap pemikiran kita masih rendah..pembaharuan masih tidak selari dengan pembangunan yang kita kecapi sekarang.
kita tidak perlu cari Jebat kerana dia telah lama tiada...sejarah mungkin berulang tapi orangnya mestilah berlainan .Ciptaaan ALLAH
sempurna dan sememangnya selari dengan dunia sekarang.
TOKKU apakah pendapat anda mestilakah kita menunggu dan mencari org sedemikian .Kerana bagi saya Pemimpin tidak perlu dicari kerana dia akan MUNCUL.Setiap orang islam ada jiwa pemimpin dalam diri masing2.apakah anda lupa Kaum lelaki adalah pemimpin.Khalifah dibumi adalah kita.Kita pimpin keluarga kita ,apakah itu bukan pemimpin .Apakah anda takut untuk jadi pemimpin?Tidak perlu bagi kita menunggu dan mencari cuma kita semua patut tampil dan berani meluahkan pendapat masing2.
Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya,janganlah kita mengambil kesempatan menuding jari sesama sendiri.walaupun lambat dan terlewat apakah anda telah dapat menyatukan orang kita muslim.Apa yang saya nampak pihak anda makin mengusutkan benang ....apakah itu dinamakan penyelesaian.?
"melayu sekarang memerlukan pepimpin yang berani seperti hang jebat"
maksud ko pepimpin yang berani derhaka? yang berani kurang ajar? yang meluahkan marah dengan menurut nafsu? yang membelakangkan adat dan adab orang melayu? yang ambik kesempatan menurut hawa nafsu, dan menyalahkan orang lain plak atas perbuatan dia tu?
heh, takyah la susah2 cari. berlonggok bersepah ada skrg ni...
melayu kena bngaun dan pandang ke hadapan
web design
Post a Comment