Tuesday, April 29, 2008

MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DIBAKAR

Dipetik dari Sinar Harian, Isnin 28 April 2008.
Kolumn :"KonarBaring"
Oleh : Sang RajunaTapa

(Makluman: Ini hanya petikan/olahan, bukan artikel penuh)

Marahkan nyamuk kelambu dibakar. Sekiranya pepatah Melayu lama itu boleh ditukar kepada yang baru maka kata-kata yang paling tepat ialah “marahkan ulat bulu, pokok ara ditebang”. Tentu sekali bagi mereka yang berduit, tidak sukar menukar kelambu. Bakar kelambu yang lama, beli sahaja kelambu yang baharu. Tetapi tentu tidak mudah untuk untuk menukar pokok ara, lebih-lebih lagi sekiranya tumbuhan tersebut telah hidup sejak 50 tahun lalu!

Kesal pun tidak berguna lagi, sebab tiga batang pokok kayu ara berusia setengah abad di Sekolah Rendah Kebangsaan Kota Tinggi, Johor telah ditumbangkan minggu lalu. Tetapi sekiranya ada sedikit kewajaran dan keprihatinan pada alam, pokok-pokok tersebut sebenarnya tidak perlu ditebang. Bahawa pokok di kawasan rizab sekolah tersebut telah menjadi tempat pembiakan ulat bulu, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Kalau tidak ada pokok ara yang tiga batang itu pun, ulat gatal tersebut tetap juga akan membiak.

Ulat bulu, sama seperti serangga berbisa yang lain, tidak akan mengganggu kita sekiranya kita pandai menjaga diri dan tidak menyentuhnya. Menutup sekolah selama dua hari adalah jalan pintas untuk mengelakkan serangan serangga tersebut. Sebenarnya sekolah tidak perlu ditutup pun.

Apa yang patut dilakukan ialah membersihkan (menyapu) ulat-ulat bulu yang masuk ke bilik darjah atau kawasan sekolah yang sering dikunjungi murid, termasuk kantin. Murid-murid juga perlu diberi amaran supaya jangan menyentuh ulat tersebut. Kalau tidak disentuh, tidak akan timbul gatal ditubuh.

Ketika zaman penulis bersekolah dulu, serangan ulat bulu sering terjadi. Keliling kawasan sekolah di Hulu Muar, adalah ladang getah. Biasanya musim ulat bulu terjadi ketika ketika daun getah mula gugur. Beribu-ribu ulat bulu ada dimana-mana saja. Di sekolah kena ulat bulu, di rumah pun kena ulat bulu. Tidak perlu ke klinik, tidak ada juga ubat sapu seperti sekarang. Gatal ulat bulu itu hanya disembuhkan dengan menyapu minyak tanah (di kampung dipanggil minyak gas) di bahagian yang gatal. Sepuluh minit kemudian gatal hilang.

Tidak ada pula arahan ketika itu supaya orang kampung menebang pokok getah yang menjadi tempat membiak ulat gatal itu. Ada dua sebab kenapa pokok getah tidak ditebang. Pertama: musim ulat bulu biasanya hanya seminggu, paling lama pun dua minggu. Selepas tempoh tersebut, ulat itu tidak membiak lagi. Jadi, tunggu dua minggu habislah cerita.

Kedua, pokok getah adalah sumber pendapatan orang kampung, lebih-lebih lagi waktu itu harga getah tinggi. Kalau ditebang pokok-pokok tersebut, mungkin orang kampung mati. Bukan mati kerana serangan ulat bulu, tapi mati kebuluran sebab tidak dapat menoreh getah dan tidak ada duit membeli beras. Pokok getah terlalu berharga untuk ditebang.

Orang sekarang cepat panik. Baru diacah ulat bulu – belum peluru berpandu! Sudah hilang kewajaran dan cepat-cepat menebang pokok. Tidak lama dulu di Kedah, sebatang pokok ketum berusia lebih 100 tahun ditebang sebab bimbang remaja mengambil daun pokok tersebut untuk dijadikan minuman khayal pengganti ganja. Pokok ditebang tanpa berfikir, remaja masih menagih dadah juga... Alangkah bodohnya kita!

------------------------------------------------------------

Entah kenapa, saya sungguh tertarik dengan artikel di atas. Tak henti-henti saya tersenyum sepanjang membacanya. Sesekali terkulat. Barangkali rasa terkena atas batang hidung kot...

Ceritanya cerita benar. Cerita biasa. Tapi cara penceritaannya, penuh mesej yang nak cuba disampaikan. Penuh kiasan. Lembut saja lenggok bahasanya, tapi bila terkena, pedih juga. Tak ubah seperti gerak langkah silat Melayu. Lembut gemalai bunga tarinya, tapi keras buah pukulnya.

Jika anda juga mampu tersenyum sinis membaca petikan artikel diatas, harap-harapnya ia adalah atas sebab yang sama saya tersenyum ;-)

Saturday, April 26, 2008

BILA "KERIS" KEHILANGAN BISA

DAHULU

1950...
Dato Onn, orang yang bertanggungjawab menyatukan bangsa Melayu di bawah suatu panji-panji untuk menentang Malayan Union, telah mula berselisih pendapat dengan pemimpin-pemimpin Melayu lain dalam UMNO yang pada pendapatnya telah cuba memberikan terlalu banyak muka kepada kaum-kaum lain. Beliau berpendapat orang Melayu tidak patut terlalu beralah kepada mereka.

Tegas benar Dato Onn ini mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu...

1951...
Atas dasar berpegang terhadap keyakinannya bahawa tindakannya itu benar, dan tetap mempertahankan pendiriannya (yang malangnya tidak popular), maka Dato Onn telah meninggalkan UMNO.

Prinsip tetap prinsip. Kata Dato Onn, "biarlah kita langsung tidak merdeka daripada kita merdeka, tetapi kena pula berkongsi hak kita dengan orang lain"




KINI

2006...
Cucu Dato Onn iaitu Hishamuddin telah menghunuskan keris sebagai lambang kedaulatan Melayu, sambil mengingatkan kaum-kaum lain agar tidak cuba mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tegas dan berani seperti datuk nya juga...

2008...
Hishamuddin telah dikecam hebat atas tindakannya menghunuskan keris tersebut. Atas desakan berbagai pihak terutamanya dari pemimpin-pemimpin kaum lain, maka hari ini Hishamuddin telah memohon maaf atas tindakan beliau itu...

.......???????????

Friday, April 25, 2008

SELAMATKAH KITA?

Keputusan PilihanRaya 2008 telah mencetuskan satu kegusaran baru di kalangan orang Melayu yang masih mampu dan masih mahu berfikir. Ia jelas menampakkan perpecahan dikalangan orang Melayu, sekaligus meluaskan hakisan kuasa politik orang Melayu.

Maka bergema-gemalah seruan perpaduan, laungan Ketuanan Melayu, sahut-bersahut diserata negeri, hatta sampai ke istana jua. Tapi sayang, dek kerana dah terlalu besar retaknya perpecahan itu, maka seruan perpaduan itu tak semudah yang disangka. Sambutannya juga tak sehebat mana. Malah banyak juga yang menyanggah. Disahut seruan perpaduan dengan nada-nada tempelak dan sinis.

Kononnya tak perlu kita risau, kerana Melayu masih ramai yang bertakhta di Parlimen. Kononnya tak perlu kita panik, kerana tak ada sesiapa yang nak gugat hak orang Melayu. Betul ke?

Hakikatnya, walaupun bilangan orang Melayu masih ramai dalam Parlimen, mereka ini tidak bersatu. Suara-suara mereka tidak akan mendendangkan irama yang sama. Ahli Parlimen UMNO nyanyi lagu pop, ahli Parlimen PAS nyanyi lagu nasyid, ahli Parlimen PKR nyanyi lagu rap. Entah la tu jadi irama apa nanti. Tunggu je lah dengar bila Parlimen mula bersidang 2-3 hari ni. Nampak-nampak gaya, tak mustahil jadi sumbang macam katak panggil hujan.
(Dan tak heran pun.... sebab dengar-dengar khabar memang banyak ahli-ahli Parlimen ni dah bersedia nak jadi katak-katak untuk nak melompat-lompat nanti.....)

Cuba kita renung sejenak dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini. Apa yang DAP hendak buat dengan DEB dan hak-hak keistimewaan orang Melayu? Apa yang IFC tuntut bagi menyamatarafkan lain-lain agama dengan agama Islam? Apa yang HINDRAF tuntut? Apa yang SUQIU minta? Bukankah ini semua menjurus kearah meminggirkan kepentingan orang Melayu? Tidakkah ini semua merupakan usaha-usaha mencabar kesucian agama Islam?

Dan kita masih juga berbalah sesama sendiri, menyalahkan orang lain, mencerca bangsa sendiri, dan tak kurang pula yang terang-terangan menyokong tuntutan-tuntutan puak-puak yang disebut diatas tadi!!! Tahukah kita apa yang kita sokong tu? Sedarkah kita apa implikasi dan kesan dari tuntutan-tuntutan tersebut jika dipenuhi???

SUQIU dah terang-terang minta dimansuhkan perbezaan kaum antara bumiputera dan bukan bumiputera. HINDRAF dah terang-terang tuntut gantirugi sebab kononnya orang Melayu tindas kaum India, kononnya sedara-mara diorang ramai mati kena bunuh masa tragedi Kg Medan, kononnya orang India ramai mati bunuh diri sebab tak tahan tekanan hidup akibat ketidakadilan masyarakat Melayu, dan macam-macam lagi la tuntutan yang boleh buat darah menggelegak. Pastu ada pulak orang Melayu sendiri duk gi sokong HINDRAF. Ada pulak orang Melayu sendiri duk sanjung2 pemimpin HINDRAF sebagai wira yang memperjuangkan nasib rakyat kononnya. Cheeiitttt... po-dahhh!!!

Ni IFC lagi satu hal. Dah terang-terang mintak benda-benda mengarut-ngarut. Dah terang-terang nak cabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Dah terang-terang nak mintak agama lain dapat taraf sama dengan agama Islam. Pun ada gak orang Melayu duk sokong. Pemimpin politik Melayu (beragama Islam la....) pun ada yang sokong gak??? Pastu bila kena tegur dengan Mufti, di kata nya pulak Mufti dah tua, dah nyanyuk, tak open-minded.

Bab IFC ni, saya nak cerita lebih sikit. Pasal yang ini terang-terang mencabar kesucian Agama Islam. Yang dicabar ini adalah maruah AGAMA abang adik woi... nak diam lagi kita???

IFC atau Inter-Faith Commission ini dulunye di kenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Ditubuhkan pada 2001 dengan sokongan kuat Majlis Peguam (Bar Council), ia menuntut agar Kerajaan mengiktiraf mereka sebagai sebuah badan berkanun yang akan bertindak sebagai “orang-tengah” atau penimbangtara untuk isu-isu yang berkaitan dengan semua agama. Konon2 nye, diorang ni nak jadi ala2 Suhakam atau Suruhanjaya Sukan la, kalu ada konflik apa2, diorang akan step-in dan tolong cari jalan penyelesaian “win-win situation”…. Kononnnnn….

Tapi, apa sebenarnya yang mereka tuntut??? Ni hah, kat bawah ni adalah senarai 14 Tuntutan IFC:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.
Maknanya, setiap anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. ”Jgn dikaitkan dengan mana2 agama”, ertinya anak2 itu tidak boleh diberikan ajaran awal Islam, takleh gi hantar mengaji, kelas fardhu ain, takleh ajar solat, takleh ajar puasa, etc. Bila dia dah umur 18tahun, barulah kita boleh gi tanya dia, ”along, ko nak ugama apa?” Habis kalau dah dari kecik tak diajar, silap2 gaya mau anak kita jawab ”I want to be an atheist, papa!!!”. Dimanakah letak tanggungjawab kita untuk membimbing zuriat kita yang merupakan amanah yang paling besar dari Allah?

2) Orang bukan Islam yang memeluk Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

3) Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
Nih Tuntutan 2 dan 3 ni sebenarnya diorang ni nak pakai alasan kebebasan beragama la ni. Kalau kat Mahkamah Syariah, memang takkan di izinkan ”keluar agama” ni, tapi Mahkamah Sivil kena bagi atas alasan hak individu / kebebasan beragama. Alangkan dalam pada Mahkamah Syariah duk jenuh halang ni pun banyak yang duk murtad, habis kalau nanti Mahkamah Syariah dah tak boleh halang, macam mana?



4) Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam MYKad ”seorang muslim”.
Supaya tiada bukti dokumen mengesahkan seseorang itu Islam? Apa akan terjadi jika apabila seseorang Islam itu mati, dan ada pula terjadi perebutan, maka banyak pihak boleh menuntut mayatnya disempurnakan ikut cara agama lain? Seperti kes Moorthy? Bayangkan jika nanti jenazah saudara sendiri yang dikebumikan di jirat Cina? Sanggup???

5) Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam, manakala orang Islam pula dibenarkan murtad untuk berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil sebarang tindakan undang-undang.
Sekarang yang dah terang-terang tak dibenarkan pun dah ada yang berani buat (ingat kes Aishah Bukhary? Lina Joy?) Lalu apa akan jadi nanti pada anak-anak muda kita yang mabuk cinta dengan pasangan bukan Islam?



6) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
Lalu, apa akan jadi kepada anak itu? Tergamakkah kita orang Islam melihat anak yang ibu-bapanya Islam, tiba-tiba menjadi kafir? Bukankah anak itu tanggungjawab ibu-bapanya, terutamanya dalam soal beragama?

Rasanya tak perlu lah saya bagi ulasan lagi. Semua dah bijak pandai. Selebihnya dibawah ini adalah tuntutan-tuntutan lain IFC. Anda semua bacalah, fahamilah, dan fikir-fikirkanlah apa kesannya nanti jika tuntutan ini dipenuhi.

7) Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarga yang telah mati dalam Islam.

8) Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa dengan rumah ibadat orang Islam.

9) Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkataan-perkataan suci Islam.

10) Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mestilah dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.

11) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut semua agama iaitu Kristian, Buddha dan sebagainya perlu diajar di semua sekolah di Malaysia.

12) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan, manakala program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan dari membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14) Sepatutnya perkatan Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia, seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Hah? Macam mana? Belum tersentap lagi jiwa? Tak rasa tercabar lagi? Kalau bercerita pasal kesama-rataan kaum boleh lagi lah kita nak berpandangan masing-masing. Ada yang kata jangan, ada yang kata boleh, ada yang kata kita perlu bersaing secara sihat. Masing-masing pendapat, masing-masing sokong la.... Tapi ini orang mintak kesama-rataan AGAMA?? Nak bagi jugak? Nak tolak-ansur lagi??? Dan masihkah kita tak boleh bersatu menunjukkan perpaduan kita dalam hal ini???

Rasanya, tiada orang Islam yang waras yang akan setuju dengan tuntutan IFC ni (errr... tapi ada yang duk sokong tu, tak waras ke?). Dah jelas sangat pun maksud sebenar mereka. Takkan ada pemimpin Islam yang tergamak nak layan tuntutan IFC ni. Insya-Allah, benda mengarut ni tak akan jadi kenyataan selagi pemimpin-pemimpin kita masih ramai dianggotai oleh pemimpin beragama Islam.

Cuma, yang perlu kita risaukan, jika tiba suatu masa atau keadaan, dimana pemimpin-pemimpin beragama Islam yang mewakili kita ini, TIBA-TIBA JADI TAK BERKUASA, DAN TERPAKSA MENERIMA TUNTUTAN-TUNTUTAN ITU.

Teringat saya lirik lagu M.Nasir berjudul Anak-Anak Kita:

"Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka"


dan seterusnya...

"Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu"

Friday, April 11, 2008

BARISAN BERTINDAK PERPADUAN MELAYU

Di petik dari Utusan OnLine:

BBPM jawapan krisis politik orang Melayu

KUALA LUMPUR 21 Mac – Beberapa pemimpin pertubuhan yang menggerakkan penubuhan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menganggap kewujudan badan itu boleh menyelesaikan kemelut yang sedang melanda di kalangan orang Melayu hari ini.

Mereka menganggap BBPM hadir tepat ketika orang Melayu berada di ambang pergolakan akibat tekanan ideologi politik yang terlalu kuat.

Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, mewujudkan BBPM adalah usaha merayu orang Melayu untuk kembali bersatu di atas nama budaya.

‘‘Ini alternatif untuk melihat orang Melayu bersatu. Gunakan BBPM dan perpaduan mungkin dapat dipupuk kembali.

‘‘Jangan nafikan kelantangan orang Melayu semasa berpolitik. Tetapi jangan campur isu politik pula dalam BBPM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) merayu orang Melayu untuk membuang rasa ingin bersaing, bertelingkah dan berebut kuasa jika ingin terus menjadi kuasa besar yang dihormati kaum lain.

‘‘Yakinlah.. ia akan berjaya dan menjadi tempat perhimpunan pelbagai golongan yang memegang pelbagai fahaman politik boleh duduk semeja dan bergurau senda,” katanya.

Hari ini, sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan BBPM yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.

Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar menegaskan, penubuhan itu perlu sebagai langkah pertama pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit.

Pengarah Unit Latihan dan Perhubungan Awam Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuala Lumpur, Dr. Masjuki Mohd. Musuri pula berkata, penubuhan BBPM dianggap sebagai penyelesaian kemelut krisis yang sedang berlaku di antara masyarakat Melayu hari ini.

‘‘Ia (BBPM) adalah baik, jika hasilnya Melayu kembali bersatu".

‘‘Kita perlu mengelakkan huru-hara. Kekacauan akhir-akhir ini berpunca daripada semangat Melayu yang kian hilang,” ujarnya.

Oleh itu, kata Dr. Masjuki, kaedah dan modus operandi BBPM seharusnya diperjelaskan supaya tiada mana-mana pihak yang berasa tertekan selepas ia ditubuhkan.

‘‘Melayu hari ini sudah cukup tertekan sebenarnya. Jangan biar penubuhan ini menambah kekusutan sedia ada".

‘‘Rasanya, ia tidak perlu digembar-gembur sangat. Tubuhkan BBPM dan jalankan perancangan dengan sempurna,” jelasnya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, penubuhan BBPM perlu dilihat langkah positif kepada gerakan penyatuan orang Melayu.

"Kejayaannya bergantung kepada kesungguhan semua. Ini usaha awal melihat isu berkaitan orang Melayu secara lebih strategik".

"Langkah awal oleh pertubuhan Melayu ini bagus. Ini membuka ruang untuk kita duduk semeja dan berbincang secara terbuka”, katanya.

Jelasnya lagi, beberapa kaedah khas boleh dipakai untuk mewujudkan suasana perbincangan yang terbuka dan jauh daripada api perbalahan seperti hari ini.

‘‘Kita tidak jangka ia berkesan secara total. Ini langkah permulaan sebelum satu usaha panjang dan kekal digunakan,” ujarnya.

Oleh itu, kata Reezal, politik jelas tidak akan mengubah hakikat orang Melayu yang selama ini berpaksi kukuh kepada agama dan adat.

‘‘Orang Melayu perlu ada platform mereka sendiri. Perbezaan parti politik bukan halangan untuk kita bersatu,” ujarnya.

-------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah. Inilah harapan saya sebenarnya apabila memulakan blog ini - Ingin melihat seluruh Umat Melayu kembali bersatu, tanpa mengira perbezaan kecenderungan politik, keturunan, puak, daerah, negeri, atau apa-apa pun faktor. Kita sudah pernah berjaya dulu, hingga tumbang Malayan Union, hingga patah angkuh British. Kita harus boleh melakukannya lagi.

Melayu kini sudah terlalu berpecah-belah. Banyak impak negatif sudah mula nyata akibat dari kerapuhan perpaduan orang Melayu kini. Sudah ada usaha2 menidakkan hak orang Melayu. Sudah ada suara2 mencabar, malah mencaci. Baik secara halus, mahupun terang2an. Yang terang2an pun kita biarkan saja berlalu, tanpa ada yang benar2 berani bangkit mempertahankan maruah kita. Kalau adapun, seringkali kelihatan lebih ada terselit agenda lain. Unsur politik, nak jadi jaguh, nak nama, nak glamor...

Harapan saya, semoga yang ini benar2 ikhlas. Dan insya-allah, setiap usaha yang ikhlas, pasti akan di berkati, dan dipermudahkan hendaknya....

Saya setuju sangat dengan usaha ini. Sudah seharusnya sangat dibuat sesuatu untuk menyatukan kembali orang Melayu. Ini boleh berjaya. Siapa tak sayang bangsa? Siapa tak sayang warisan nenek-moyang sendiri? Siapa tak sayang tanah tumpah darah sendiri? Siapa tak sayang budaya adat resam sendiri? Jadi ini merupakan satu sebab yang cukup kuat utk menarik semua org Melayu kembali merapatkan saf. Petuanya saya rasa satu je, seperti telah di ingatkan oleh Prof Zainal Kling, "jangan campur isu politik pula!!!"

Cuma, sedikit pandangan - Kenapa harus perhimpunan di buat di PWTC? Seeloknya, pilih suatu tempat yang berkecuali. Tempat yang tiada kaitan atau "label" dengan apa2 kecenderungan. Maklum saja lah, dengar je nama Dewan Merdeka PWTC, pasti orang dah terbayang UMNO. Dengar khabarnya, UMNO dan PAS selaku 2 parti terbesar orang Melayu akan di jemput sama. Saya fikir, perkara pertama terlintas di benak orang PAS adalah "ahh, ini taktik orang UMNO la ni"... Dan saya tak salahkan mereka jika berfikiran begitu. PWTC dah terlalu sinonim dengan UMNO. Maka, tidak dapat tidak, sikap prejudis akan timbul. Malah, keikhlasan penganjur pun mula dipersoal. Sudah ada terdengar cakap2 bahawa ini adalah sebenarnya usaha "merawat UMNO", atau nak kumpul semula sokongan untuk UMNO...

Apa2 pun, saya doakan usaha ni berhasil. Dan saya menyeru seluruh umat Melayu, yang bernama Melayu dan masih bangga menjadi ORANG MELAYU, sama2 lah kita sokong usaha ini. Sahutlah seruan perpaduan ni. Dan saya juga menyeru kepada penggerak usaha ini, ingatlah pantang-larang utama nya, "JANGAN SESEKALI SELITKAN AGENDA PARTI POLITIK".

TAK MELAYU HILANG DI DUNIA!!!