Di petik dari Utusan OnLine:
BBPM jawapan krisis politik orang Melayu
KUALA LUMPUR 21 Mac – Beberapa pemimpin pertubuhan yang menggerakkan penubuhan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) menganggap kewujudan badan itu boleh menyelesaikan kemelut yang sedang melanda di kalangan orang Melayu hari ini.
Mereka menganggap BBPM hadir tepat ketika orang Melayu berada di ambang pergolakan akibat tekanan ideologi politik yang terlalu kuat.
Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, mewujudkan BBPM adalah usaha merayu orang Melayu untuk kembali bersatu di atas nama budaya.
‘‘Ini alternatif untuk melihat orang Melayu bersatu. Gunakan BBPM dan perpaduan mungkin dapat dipupuk kembali.
‘‘Jangan nafikan kelantangan orang Melayu semasa berpolitik. Tetapi jangan campur isu politik pula dalam BBPM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) merayu orang Melayu untuk membuang rasa ingin bersaing, bertelingkah dan berebut kuasa jika ingin terus menjadi kuasa besar yang dihormati kaum lain.
‘‘Yakinlah.. ia akan berjaya dan menjadi tempat perhimpunan pelbagai golongan yang memegang pelbagai fahaman politik boleh duduk semeja dan bergurau senda,” katanya.
Hari ini, sebanyak 25 pertubuhan dan badan amal Melayu/Islam sepakat menubuhkan BBPM yang akan memainkan peranan menyatukan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik demi menjaga kepentingan bangsa dan memelihara kesucian agama Islam.
Ketua Umum BBPM, Osman Abu Bakar menegaskan, penubuhan itu perlu sebagai langkah pertama pelan bertindak utama Deklarasi Maulidur Rasul yang diisytiharkan dalam satu mesyuarat dihadiri wakil pertubuhan terbabit.
Pengarah Unit Latihan dan Perhubungan Awam Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuala Lumpur, Dr. Masjuki Mohd. Musuri pula berkata, penubuhan BBPM dianggap sebagai penyelesaian kemelut krisis yang sedang berlaku di antara masyarakat Melayu hari ini.
‘‘Ia (BBPM) adalah baik, jika hasilnya Melayu kembali bersatu".
‘‘Kita perlu mengelakkan huru-hara. Kekacauan akhir-akhir ini berpunca daripada semangat Melayu yang kian hilang,” ujarnya.
Oleh itu, kata Dr. Masjuki, kaedah dan modus operandi BBPM seharusnya diperjelaskan supaya tiada mana-mana pihak yang berasa tertekan selepas ia ditubuhkan.
‘‘Melayu hari ini sudah cukup tertekan sebenarnya. Jangan biar penubuhan ini menambah kekusutan sedia ada".
‘‘Rasanya, ia tidak perlu digembar-gembur sangat. Tubuhkan BBPM dan jalankan perancangan dengan sempurna,” jelasnya.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, penubuhan BBPM perlu dilihat langkah positif kepada gerakan penyatuan orang Melayu.
"Kejayaannya bergantung kepada kesungguhan semua. Ini usaha awal melihat isu berkaitan orang Melayu secara lebih strategik".
"Langkah awal oleh pertubuhan Melayu ini bagus. Ini membuka ruang untuk kita duduk semeja dan berbincang secara terbuka”, katanya.
Jelasnya lagi, beberapa kaedah khas boleh dipakai untuk mewujudkan suasana perbincangan yang terbuka dan jauh daripada api perbalahan seperti hari ini.
‘‘Kita tidak jangka ia berkesan secara total. Ini langkah permulaan sebelum satu usaha panjang dan kekal digunakan,” ujarnya.
Oleh itu, kata Reezal, politik jelas tidak akan mengubah hakikat orang Melayu yang selama ini berpaksi kukuh kepada agama dan adat.
‘‘Orang Melayu perlu ada platform mereka sendiri. Perbezaan parti politik bukan halangan untuk kita bersatu,” ujarnya.
-------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah. Inilah harapan saya sebenarnya apabila memulakan blog ini - Ingin melihat seluruh Umat Melayu kembali bersatu, tanpa mengira perbezaan kecenderungan politik, keturunan, puak, daerah, negeri, atau apa-apa pun faktor. Kita sudah pernah berjaya dulu, hingga tumbang Malayan Union, hingga patah angkuh British. Kita harus boleh melakukannya lagi.
Melayu kini sudah terlalu berpecah-belah. Banyak impak negatif sudah mula nyata akibat dari kerapuhan perpaduan orang Melayu kini. Sudah ada usaha2 menidakkan hak orang Melayu. Sudah ada suara2 mencabar, malah mencaci. Baik secara halus, mahupun terang2an. Yang terang2an pun kita biarkan saja berlalu, tanpa ada yang benar2 berani bangkit mempertahankan maruah kita. Kalau adapun, seringkali kelihatan lebih ada terselit agenda lain. Unsur politik, nak jadi jaguh, nak nama, nak glamor...
Harapan saya, semoga yang ini benar2 ikhlas. Dan insya-allah, setiap usaha yang ikhlas, pasti akan di berkati, dan dipermudahkan hendaknya....
Saya setuju sangat dengan usaha ini. Sudah seharusnya sangat dibuat sesuatu untuk menyatukan kembali orang Melayu. Ini boleh berjaya. Siapa tak sayang bangsa? Siapa tak sayang warisan nenek-moyang sendiri? Siapa tak sayang tanah tumpah darah sendiri? Siapa tak sayang budaya adat resam sendiri? Jadi ini merupakan satu sebab yang cukup kuat utk menarik semua org Melayu kembali merapatkan saf. Petuanya saya rasa satu je, seperti telah di ingatkan oleh Prof Zainal Kling, "jangan campur isu politik pula!!!"
Cuma, sedikit pandangan - Kenapa harus perhimpunan di buat di PWTC? Seeloknya, pilih suatu tempat yang berkecuali. Tempat yang tiada kaitan atau "label" dengan apa2 kecenderungan. Maklum saja lah, dengar je nama Dewan Merdeka PWTC, pasti orang dah terbayang UMNO. Dengar khabarnya, UMNO dan PAS selaku 2 parti terbesar orang Melayu akan di jemput sama. Saya fikir, perkara pertama terlintas di benak orang PAS adalah "ahh, ini taktik orang UMNO la ni"... Dan saya tak salahkan mereka jika berfikiran begitu. PWTC dah terlalu sinonim dengan UMNO. Maka, tidak dapat tidak, sikap prejudis akan timbul. Malah, keikhlasan penganjur pun mula dipersoal. Sudah ada terdengar cakap2 bahawa ini adalah sebenarnya usaha "merawat UMNO", atau nak kumpul semula sokongan untuk UMNO...
Apa2 pun, saya doakan usaha ni berhasil. Dan saya menyeru seluruh umat Melayu, yang bernama Melayu dan masih bangga menjadi ORANG MELAYU, sama2 lah kita sokong usaha ini. Sahutlah seruan perpaduan ni. Dan saya juga menyeru kepada penggerak usaha ini, ingatlah pantang-larang utama nya, "JANGAN SESEKALI SELITKAN AGENDA PARTI POLITIK".
TAK MELAYU HILANG DI DUNIA!!!
Friday, April 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Setinggi-tinggi penghargaan untuk Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fariz Petra atas ucapan di PWTC semalam penuh bermakna dan mungkin dapat memberikan kesedaran dan pemahaman kepada ahli-ahli Umno yang selalunya pendek akal.
Antara isi kandungan ucapannya yg menarik perhatian saya;
1) Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan, justeru timbul sebarang persoalan bahawa kedudukan mereka tergugat.
Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini. Rakyat mengundi PR kerana bimbangkan Umno dan juak2nya menghakis kehebatan kontrak sosial ini dan menggunakannya utk kepentingan taliperut mereka.
2) Raja2 Melayu dan institusi Istana akan menjadi benteng terakhir dan akan terus mempertahankan kedudukan istimewa ini.
Maknanya, putera raja yang bijaksana ini beritahu ahli2 Umno, dalam sejarah Umno sejak merdeka, setiap kali Umno merosakkan hak2 ini dan membuat negara dalam keadaan kucar-kacir, Tuanku-tuanku Sultan telah memainkan peranan untuk memperbetulkan keadaan.
Contohnya, Raja Perlis dan Terengganu tidak menerima calon MB yang rasuah dan menindas rakyat, sebaliknya memilih mereka yang berkredibiti dan berjiwa rakyat untuk memimpin Perlis dan Trengganu masing2. Saya percaya, jika kedua2 MB ini bertukar perangai dalam penggal ini, baginda Sultan tidak teragak2 menolak mereka.
Apabila tiada parti yg mendominasi kerusi2 Dun di Perak, Sultan Perak telah menggunakan kebijaksanaan baginda dalam memperkenankan kerajaan campuran PR di Perak. Baginda Sultan tidak pedulikan provokasi perkauman BN dan huru-hara Umno Perak serta propaganda KJ di media arus perdana.
Makna ke-2, Umno memang tak boleh harap, sehinggakan Istana terpaksa mainkan peranan. Tak faham2 ker.
3) Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar, contohnya sms dan email.
Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2. Untuk maklumat lanjut eloklah rujuk kenyataan Ku Li dalam EGM Umno Gua Musang baru2 ni.
Baginda mungkin juga merujuk akan kedangkalan puak2 BBPM yang menyangka perpecahan dalam Umno adalah perpecahan bangsa Melayu. Tidakkah mereka sedar walaupun bernama melayu, Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress.
Tak semena2 muncul pulak Aziz Tapa bercerita pasal gerabak keretapi yang tergelincir sebab kepala lokomotifnya rosak. Tak pelikpun, Subky Latif dah sebulan cerita pasal tukar kepala gerabak Umno supaya gerabak-gerabak yang tergelincir dapat berfungsi semula.
Kisah keretapi masuk sungai kat Tenom, Sabah bolehlah dijadikan panduan untuk puak2 BBPM yang payah nak faham.
Ampun tengku, patik merafak sembah mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas nasihat2 tuanku ini. Patik akan sebarkan titah tuanku ke seluruh pelosok negara di bawah batu jemala patik ini.
anakbulan
http://bulanpenuh2012.blogspot.com
noontimesilence@yahoo.com
"Hak2 istimewa orang melayu dan kedudukan agama Islam memang telah dijamin oleh perlembagaan persekutuan"... "Maknanya, Umno tak payah ribut-ribut kerana tak ada satu partipun yang bercita2 untuk mengubah peruntukan2 ini"
ABIS TU YANG DAP DUK BISING2 TUH HAPA? YANG NAK HAPUS DEB TUH HAPA? YANG HINDRAF DUK MINTAK TUH HAPA? YANG IFC DUK MINTAK TUH HAPA? YANG LINA JOY DUK LAWAN MAHKAMAH SYARIAH TUH HAPA?
"Banyak maklumat yang salah diterima sebagai benar"... "Maknanya, baginda mengingatkan Umno supaya jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat, periksa dahulu kebenarannya jangan telan bulat2, contohnya sms dan email"... "
OK LA TU, AKU SETUJU LA DENGAN PENGAJARAN AYAT KO TUH. TAPI, TIBA2 KO CAKAP PLAK:
"Umno turut dianggotai pendatang2 haram Filifina di Sabah dan orang2 Thailand di Kelantan, malah Umno bahagian Bukit Bintang turut dianggotai oleh Bangla dan nepal yang dapat IC ekspress"
ISHH, BETUL KE NI? SERIUS NIH.. ADA BUKTI? ADA SAKSI? BERANI BAGI STATEMENT? AKU TLG GI WAT REPOT PUN TAKPE, KO BAGI JEK AKU DETAILS DIA. LAIN AKU SETELKAN. AKU MMG PANTANG KALU ORANG2 YG TAK LAYAK SENANG2 JADI WARGANEGARA NIH!! KALU KO DAH TAU, KO TAK RASE BERTANGGUNGJAWAB KE NAK LAPOR BENDA NIH?
TAPI TAKPE LA... AKU IKUT JE LA NASIHAT KO TADI:
"jangan jadi bodoh semua benda nak percaya bulat-bulat"
TU LA, BERCAKAP MMG SENANG. NGATA MMG SEDAP. TAPI KAN ORG TUA DAH PESAN, BNYK2 SGT NGATA KAT ORG, TAU2 TERKENA ATAS MUKA SENDIRI DAA...
berfikir sesaat adalah lebih baik dari bercakap setahun...tapi kalu dok pikir aje...hemm
aslmualaikum,
sya rasa kita makin berpecah belah,apa kata kita bersatu pas memerintah pun boleh ,pkr pun boleh ,tapi jangan jadi BOSNIA sudahla,55% muslim,dan presiden &pm muslim tapi takde kuasa........................
fikir sesaat adalah lebih baik drpd setahun beribadah
Hmmmmm...
Saya dah agak pun. Mesti berkelahi nye melayu Pas dgn melayu Umno pasal bab ni. Takde sudah-sudahnya benci membenci.
Saya tak berpihak. Malah saya tak berparti. Saya cuma berpegang kepada paksi bahawa saya ORANG MELAYU. Jadi saya tidak akan sokong sesiapa, mana-mana parti. Tapi saya merayu, tolong lah sedar. Ini adalah 2 parti terbesar orang Melayu. Dalam ertikata lain, ini adalah 2 JEMAAH terbesar orang ISLAM!!!
Sudahnya, pecah-belah tak boleh bersatu langsung. Sedih lah macam ni. Seolah-olah tiada satu pun perkara yang pihak satu lagi buat tu yang bagus. Semua nya tak betul. Tak boleh terima langsung. Wajib di tentang...
Agak-agak nya, apakah syarat utama untuk Melayu Pas dan Melayu Umno ni boleh duk semeja dan bersetuju untuk sedikit perkara? Sedikit je...bukan nak mintak setuju dalam semua hal pun...
Saya percaya, masih ada ruang untuk persefahaman, permuafakatan, dan penyatuan 2 jemaah orang Melayu ni. Tapi, dek kerana retak nya dah terlalu besar, beberapa syarat perlu dipenuhi dulu (pre-requisite). Setelah syarat2 asas ni di penuhi (dan saya percaya akan memerlukan kedua2 pihak membuat sedikit pengorbanan), barulah langkah seterusnya dapat dibuat. Insya-allah, jika kita dapat kenalpasti apakah syarat2 asas ni, perpaduan ini akan jadi kenyataan.
Maka disini saya ingin menyeru semua orang Melayu, tak kira Melayu Pas atau Melayu Umno, Melayu parti atau Melayu pemerhati, Melayu totok atau Melayu celup, asalkan anda masih jiwa Melayu, sayangkan bangsa dan warisan Melayu, apakata kalu kita sama2 fikirkan apakah syarat-syarat asas untuk perpaduan ini menjadi kenyataan?
Yang menegakkan rumah adalah tiangnya. Tapi sebelum dirikan tiang, kena ratakan tanah dulu.
Dalam senario kita sekarang, biarlah kita tolong ratakan tanah dulu. Dah siap nanti, barulah senang pemimpin2 nak dirikan tiang.
Dan, kita perlu cepat cari tanah mana yang diratakan tu. Kenapa???
Kerana...
TANAH UNTUK ORANG MELAYU DAH MAKIN KURANG SEKARANG NI...
Bagus tokku..kalau dah sedar..siapa yang menggadaikanya dan dijawab sendiri..bela melayu dimulut,perlaksanan? sapu bersih... Cepat DSAI ambil alih kuasa..selamatkan MELAYU dan ISLAM yang kononnya mereka bela....
500% saya setuju dengan datangbulan...
ye ke nuar boleh jadi pm?abis filir dah?dia ke orgnya? jangan ikut sangat hati nanti badan binasa.tak sama ke dia dgn pemimpin umno lain kene ingat sikit dia tu kaki auta mula pas lps tu umno lps tu pkr lps ni apa pulak?
Post a Comment