Saturday, April 26, 2008

BILA "KERIS" KEHILANGAN BISA

DAHULU

1950...
Dato Onn, orang yang bertanggungjawab menyatukan bangsa Melayu di bawah suatu panji-panji untuk menentang Malayan Union, telah mula berselisih pendapat dengan pemimpin-pemimpin Melayu lain dalam UMNO yang pada pendapatnya telah cuba memberikan terlalu banyak muka kepada kaum-kaum lain. Beliau berpendapat orang Melayu tidak patut terlalu beralah kepada mereka.

Tegas benar Dato Onn ini mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu...

1951...
Atas dasar berpegang terhadap keyakinannya bahawa tindakannya itu benar, dan tetap mempertahankan pendiriannya (yang malangnya tidak popular), maka Dato Onn telah meninggalkan UMNO.

Prinsip tetap prinsip. Kata Dato Onn, "biarlah kita langsung tidak merdeka daripada kita merdeka, tetapi kena pula berkongsi hak kita dengan orang lain"




KINI

2006...
Cucu Dato Onn iaitu Hishamuddin telah menghunuskan keris sebagai lambang kedaulatan Melayu, sambil mengingatkan kaum-kaum lain agar tidak cuba mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tegas dan berani seperti datuk nya juga...

2008...
Hishamuddin telah dikecam hebat atas tindakannya menghunuskan keris tersebut. Atas desakan berbagai pihak terutamanya dari pemimpin-pemimpin kaum lain, maka hari ini Hishamuddin telah memohon maaf atas tindakan beliau itu...

.......???????????

11 comments:

Anonymous said...

jangan dok cerito pasai hishamuddin meluat aku, takda tokoh pemimpin ,buat malu je cakap ,buat bende tak pikiaq lansung....

tokku jgn dok ckp sgt pasai umno (depo semo tu dah berulattt) tokku tgk tak gambaq anak hishamuddin tunjjuk tetekkkk........apo tu anak pemim pin umno.....

tokku said...

tokwan,
ada salah faham kot kita ni. saya bukan nak ckp pasai umno. saya bukan nak cakap pasai hishamuddin. saya pun meluat tgk dia...

tapi apa yang saya nak cakap ni, ialah pasai orang melayu, kena tunduk kat orang lain.

tu pasai saya bawak crita beza dulu dan la ni. saja saya bawak cerita beza atuk dgn cucu. darah yg sama, keturunan sama, tapi lain zaman. tgk la cemana keras nya tekad dan semangat tok dia. dan tgk la mcm mana tunduk dan lembik nya cucu dia.

pasaipa buleh jadi camni???

Anonymous said...

Pasai hang pa la BE/AMENO yang suka gadai maruah dan hak melayu..nafi bahasa melayu,nafi biasiswa dengan PTPTN dengan keuntungan 4%,segalanya yang depa boleh gadai,terbaru gadai maruah dengan minta maaf..telus konon...pirahhhhh

tokku said...

saya mmg menentang apa jua tindakan yang menafikan hak org Melayu, yang menggadaikan maruah orang Melayu. tak kira UMNO buat ke, PAS buat ke, PKR buat ke...

sekali lagi saya jelaskan, saya tidak berpihak kearah parti. saya hanya berpihak kepada kepentingan Melayu. dan saya benar2 setuju bahawa tindakan Hishamuddin memohon maaf mmg telah menggadaikan maruah bangsa Melayu.

sebab tu saya lontarkan analogi perbezaan datuk dgn cucu seperti di atas. lihatlah betapa kerasnya semangat dan teguhnya prinsip si datuk mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa. hingga sanggup berkerat rotan berpatah arang dgn lain2 rakan yang dulunya seperjuangan.

kemudian, bandingkan pulak dengan hangat2 taik ayam si cucu. cuba nak jadi pendekar macam datuknya. tapi baru kena sergah sikit, dah menggelabah. kelam-kabut minta maaf. keris terhunus pun masuk sarung balik. nasib baik keris tu pun tak masuk pajak gadai...

apa yang cuba saya sampaikan ialah, si "datuk yang keras dan berani tu adalah datuk-nenek kita". manakala si "cucu yg lembik dan gelabah tu adalah kita!"

realitinya, apa yg berlaku dalam cerita tu mmg berlaku terhadap semua orang Melayu, bukan terhadap Hishamudin saja. kita mmg dah terlalu tunduk sekarang... kita semua! semua tu termasuk lah Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR, dan termasuk jugak Melayu yg tak berparti pun!!!

yang mungkin berbeza pun, ada antara kita tunduk sebab kita TERPAKSA tunduk (walaupun kita takmau), dan ada antara kita yang tunduk sebab kita memang SUKA nak tunduk (bodek dengan rela hati la tu...)

kategori mana pun, kita memang terlalu banyak TUNDUK!!!

dan cuba kita fikir selangkah lagi kedepan:

Dengan mewarisi kekentalan semangat macam datuk kita pun, kita dah jadi lembik macam ni... maka apa akan jadi kepada cucu kita yang mewarisi semangat selembik kita sekarang ni???

Anonymous said...

tapi fakta sejarah menunjukkan yg Dato' Onn meminta supaya keahlian UMNO dibuka kepada semua kaum. selepas permintaan ditolak dia menubuhkan parti negara utk meneruskan aspirasi beliau...so what's the point ckp Hisham lemah sebab minta maaf, kalau Dato' Onn sendiri minta keahlian Umno utk semua? kalau Hisham mtk mcm datuk die mtk ape pendapat tokku? lemah atau berani? nmpak gaya, aspirasi dato' onn masa pasca kemerdekaan hanya dapat diteruskan oleh PKR..apa pendapat tokku?

Anonymous said...

haaaa,jawab tokku ,kite sebenornye org ganu,suke dan duke same umno,tapi dok tahu setarang jadi mende ape le ni kat umno,deris abis wi ke anok beranok orang dok puas hati memaang bahang berayut ni mu seme cakap bende ngok dok pahang setarang......menyekit kang orang umno

tokku said...

salam.

pertama sekali, biar saya jelaskan sekali lagi. kisah dato onn dan hisham tu saya ambil sebagai analogi sahaja. persoalan pokok di sini adalah betapa "kita sekarang ni dah terlalu tunduk kepada orang lain", berbanding dgn datuk nenek kita dulu.

bagaimanapun, terima kasih siswa sedar. saya pun sedar fakta tu. tapi aspirasi dato onn tak sama dengan aspirasi PKR. aspirasi dato onn tercetus pada masa semua kaum setuju dengan suatu matlamat yang sama - MENUJU KEMERDEKAAN. dan semua orang sedar dan terima bahawa KEMERDEKAAN itu haruslah dicapai dibawah kepimpinan orang Melayu. malah British juga sedar dan terima hakikat ini.

maka pada ketika dato onn mencadangkan penerimaan kaum lain dlm UMNO, ia bertujuan untuk membawa mereka sebagai ahli yang akan menyokong kepimpinan orang Melayu. sekaligus, ia akan mengurangkan kekuatan suara2 kaum lain dari luar UMNO. ini kerana pada ketika itu, telah bnyk perbincangan2 diantara pemimpin UMNO dan pemimpin2 parti2 kaum lain yg dilihat oleh dato onn sebagai terlalu bertolak ansur, lalu menghakis dan merugikan orang Melayu.

tapi aspirasi PKR pula timbul dalam keadaan sekarang yang mana semua orang berebut untuk sampai ke puncak kuasa. cuba la tgk organisasi PKR. berapa ramai Melayu, berapa ramai bukan Melayu dalam MPT. keahliannya pulak, mcmana? saya mmg takde figure nye. cuba lah siasat kalau berminat. jadi, siapakah yang sebenarnya berkuasa di PKR? perlu diingat, Makkhal Sakti boleh juga berlaku dalam pemilihan parti. pada ketika itu, suara terbanyak adalah kuasa penentu!

dah la, saya tak berminat nak berdebat pasal parti-parti. saya tak berniat nak membela dato onn, atau UMNO. juga saya bukan nak mengkritik PKR. seperti yang saya jelaskan tadi, persoalan pokok yang saya ajak kita bincangkan adalah "kita sekarang ni dah terlalu tunduk kepada orang lain". maka jika ini berterusan, apa yang tinggal untuk anak-cucu kita?

Anonymous said...

saye sedar rmai org melayu yg gusar pasal kedudukan mereka dalam politik semasa negara....tapi pemikiran terlalu inferior dengan kaum lain perlu dihakis. kalau takut kaum lain menguasai parti berbilang kaum mcm PKR, maka org melayu sendiri perlu tampil ke depan menawar diri memimpin parti tersebut.

pada hemat saya juga org bukan melayu rasanya sedar hakikat komposisi kaum dimalaysia, org melayu ialah majoriti, hatta pemimpin utama perlu dari kalangan org melayu..contoh mcm menteri besar perak, mmg pada mulanya DAP membantah, tetapi realiti politik negara mereka perlu terima.

rata2 parti dalam pakatan rakyat mula memainkan nada sederhana dalam membawa aspirasi parti politik mereka, bukan tanda kelemahan tetapi sbg tanda toleransi yg perlu wujud dalam atmosfera politik sekarang. saya harap ini akan berterusan dan moga kita org melayu akan sanggup bersaing dengan kaum2 lain di malaysia di atas padang yg sama rata.

ini cuma pendapat saya,

Anonymous said...

toleransi???

blah la brader. kita ni memang dah terlalu banyak bertoleransi. dari masa kita nak merdeka, sampailah sekarang. menjadi ke semangat toleransi kalu datang dari satu pihak sahaja? bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi brader...

ko tgk la sket, kat mana nilai toleransi dalam tuntutan hindraf? yg si sial namewee wat lagu negarakuku tu toleransi ke? kalu tak tau, try baca kat posting "selamatkah kita". celah mana plak semangat toleransi bila malaun2 tu mtk penghapusan hak2 keistimewaan orang Melayu, padahal orang Melayu dah lebih dulu bertoleransi sket nye banyak bg diorg jadi WARGANEGARA, amal adat resam agama diorg, dan sampai ajak diorg sama2 kongsi pemerintahan negara?

korang mungkin cakap contoh2 mcm hindraf, namewee tu cuma kes terpencil. tapi kalu gerakan hindraf tu dah dpt sokongan kuat sampai hampir singkirkan pemimpin Melayu dari tampuk kekuasaan, maka bukankah tu tunjukkan yg puak2 tu bersatu suara menentang orang Melayu?

pastu korang lagi duk kelahi sama sendiri.....

bodoh.....

Anonymous said...

haaaa,kan baru ada seorang pejuang melayu

Anonymous said...

aku sokong ko anon...meh la kita mintak dari dorang pulak...aku dah nak siap dah surat nak bagi kat queen elizabeth ni...