Keputusan PilihanRaya 2008 telah mencetuskan satu kegusaran baru di kalangan orang Melayu yang masih mampu dan masih mahu berfikir. Ia jelas menampakkan perpecahan dikalangan orang Melayu, sekaligus meluaskan hakisan kuasa politik orang Melayu.
Maka bergema-gemalah seruan perpaduan, laungan Ketuanan Melayu, sahut-bersahut diserata negeri, hatta sampai ke istana jua. Tapi sayang, dek kerana dah terlalu besar retaknya perpecahan itu, maka seruan perpaduan itu tak semudah yang disangka. Sambutannya juga tak sehebat mana. Malah banyak juga yang menyanggah. Disahut seruan perpaduan dengan nada-nada tempelak dan sinis.
Kononnya tak perlu kita risau, kerana Melayu masih ramai yang bertakhta di Parlimen. Kononnya tak perlu kita panik, kerana tak ada sesiapa yang nak gugat hak orang Melayu. Betul ke?
Hakikatnya, walaupun bilangan orang Melayu masih ramai dalam Parlimen, mereka ini tidak bersatu. Suara-suara mereka tidak akan mendendangkan irama yang sama. Ahli Parlimen UMNO nyanyi lagu pop, ahli Parlimen PAS nyanyi lagu nasyid, ahli Parlimen PKR nyanyi lagu rap. Entah la tu jadi irama apa nanti. Tunggu je lah dengar bila Parlimen mula bersidang 2-3 hari ni. Nampak-nampak gaya, tak mustahil jadi sumbang macam katak panggil hujan.
(Dan tak heran pun.... sebab dengar-dengar khabar memang banyak ahli-ahli Parlimen ni dah bersedia nak jadi katak-katak untuk nak melompat-lompat nanti.....)
Cuba kita renung sejenak dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini. Apa yang DAP hendak buat dengan DEB dan hak-hak keistimewaan orang Melayu? Apa yang IFC tuntut bagi menyamatarafkan lain-lain agama dengan agama Islam? Apa yang HINDRAF tuntut? Apa yang SUQIU minta? Bukankah ini semua menjurus kearah meminggirkan kepentingan orang Melayu? Tidakkah ini semua merupakan usaha-usaha mencabar kesucian agama Islam?
Dan kita masih juga berbalah sesama sendiri, menyalahkan orang lain, mencerca bangsa sendiri, dan tak kurang pula yang terang-terangan menyokong tuntutan-tuntutan puak-puak yang disebut diatas tadi!!! Tahukah kita apa yang kita sokong tu? Sedarkah kita apa implikasi dan kesan dari tuntutan-tuntutan tersebut jika dipenuhi???
SUQIU dah terang-terang minta dimansuhkan perbezaan kaum antara bumiputera dan bukan bumiputera. HINDRAF dah terang-terang tuntut gantirugi sebab kononnya orang Melayu tindas kaum India, kononnya sedara-mara diorang ramai mati kena bunuh masa tragedi Kg Medan, kononnya orang India ramai mati bunuh diri sebab tak tahan tekanan hidup akibat ketidakadilan masyarakat Melayu, dan macam-macam lagi la tuntutan yang boleh buat darah menggelegak. Pastu ada pulak orang Melayu sendiri duk gi sokong HINDRAF. Ada pulak orang Melayu sendiri duk sanjung2 pemimpin HINDRAF sebagai wira yang memperjuangkan nasib rakyat kononnya. Cheeiitttt... po-dahhh!!!
Ni IFC lagi satu hal. Dah terang-terang mintak benda-benda mengarut-ngarut. Dah terang-terang nak cabar kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi. Dah terang-terang nak mintak agama lain dapat taraf sama dengan agama Islam. Pun ada gak orang Melayu duk sokong. Pemimpin politik Melayu (beragama Islam la....) pun ada yang sokong gak??? Pastu bila kena tegur dengan Mufti, di kata nya pulak Mufti dah tua, dah nyanyuk, tak open-minded.
Bab IFC ni, saya nak cerita lebih sikit. Pasal yang ini terang-terang mencabar kesucian Agama Islam. Yang dicabar ini adalah maruah AGAMA abang adik woi... nak diam lagi kita???
IFC atau Inter-Faith Commission ini dulunye di kenali sebagai Inter Religious Council (IRC). Ditubuhkan pada 2001 dengan sokongan kuat Majlis Peguam (Bar Council), ia menuntut agar Kerajaan mengiktiraf mereka sebagai sebuah badan berkanun yang akan bertindak sebagai “orang-tengah” atau penimbangtara untuk isu-isu yang berkaitan dengan semua agama. Konon2 nye, diorang ni nak jadi ala2 Suhakam atau Suruhanjaya Sukan la, kalu ada konflik apa2, diorang akan step-in dan tolong cari jalan penyelesaian “win-win situation”…. Kononnnnn….
Tapi, apa sebenarnya yang mereka tuntut??? Ni hah, kat bawah ni adalah senarai 14 Tuntutan IFC:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.
Maknanya, setiap anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. ”Jgn dikaitkan dengan mana2 agama”, ertinya anak2 itu tidak boleh diberikan ajaran awal Islam, takleh gi hantar mengaji, kelas fardhu ain, takleh ajar solat, takleh ajar puasa, etc. Bila dia dah umur 18tahun, barulah kita boleh gi tanya dia, ”along, ko nak ugama apa?” Habis kalau dah dari kecik tak diajar, silap2 gaya mau anak kita jawab ”I want to be an atheist, papa!!!”. Dimanakah letak tanggungjawab kita untuk membimbing zuriat kita yang merupakan amanah yang paling besar dari Allah?
2) Orang bukan Islam yang memeluk Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
3) Kes orang Islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
Nih Tuntutan 2 dan 3 ni sebenarnya diorang ni nak pakai alasan kebebasan beragama la ni. Kalau kat Mahkamah Syariah, memang takkan di izinkan ”keluar agama” ni, tapi Mahkamah Sivil kena bagi atas alasan hak individu / kebebasan beragama. Alangkan dalam pada Mahkamah Syariah duk jenuh halang ni pun banyak yang duk murtad, habis kalau nanti Mahkamah Syariah dah tak boleh halang, macam mana?
4) Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam MYKad ”seorang muslim”.
Supaya tiada bukti dokumen mengesahkan seseorang itu Islam? Apa akan terjadi jika apabila seseorang Islam itu mati, dan ada pula terjadi perebutan, maka banyak pihak boleh menuntut mayatnya disempurnakan ikut cara agama lain? Seperti kes Moorthy? Bayangkan jika nanti jenazah saudara sendiri yang dikebumikan di jirat Cina? Sanggup???
5) Orang bukan Islam tak perlu peluk Islam sekiranya berkahwin dengan orang Islam, manakala orang Islam pula dibenarkan murtad untuk berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh diambil sebarang tindakan undang-undang.
Sekarang yang dah terang-terang tak dibenarkan pun dah ada yang berani buat (ingat kes Aishah Bukhary? Lina Joy?) Lalu apa akan jadi nanti pada anak-anak muda kita yang mabuk cinta dengan pasangan bukan Islam?
6) Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
Lalu, apa akan jadi kepada anak itu? Tergamakkah kita orang Islam melihat anak yang ibu-bapanya Islam, tiba-tiba menjadi kafir? Bukankah anak itu tanggungjawab ibu-bapanya, terutamanya dalam soal beragama?
Rasanya tak perlu lah saya bagi ulasan lagi. Semua dah bijak pandai. Selebihnya dibawah ini adalah tuntutan-tuntutan lain IFC. Anda semua bacalah, fahamilah, dan fikir-fikirkanlah apa kesannya nanti jika tuntutan ini dipenuhi.
7) Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarga yang telah mati dalam Islam.
8) Kerajaan mesti menyiapkan dana yang cukup untuk membina dan menyelenggara rumah ibadat orang bukan Islam serupa dengan rumah ibadat orang Islam.
9) Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkataan-perkataan suci Islam.
10) Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia mestilah dibenarkan pengedarannya kepada umum secara terbuka.
11) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut semua agama iaitu Kristian, Buddha dan sebagainya perlu diajar di semua sekolah di Malaysia.
12) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan, manakala program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan dari membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14) Sepatutnya perkatan Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia, seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Hah? Macam mana? Belum tersentap lagi jiwa? Tak rasa tercabar lagi? Kalau bercerita pasal kesama-rataan kaum boleh lagi lah kita nak berpandangan masing-masing. Ada yang kata jangan, ada yang kata boleh, ada yang kata kita perlu bersaing secara sihat. Masing-masing pendapat, masing-masing sokong la.... Tapi ini orang mintak kesama-rataan AGAMA?? Nak bagi jugak? Nak tolak-ansur lagi??? Dan masihkah kita tak boleh bersatu menunjukkan perpaduan kita dalam hal ini???
Rasanya, tiada orang Islam yang waras yang akan setuju dengan tuntutan IFC ni (errr... tapi ada yang duk sokong tu, tak waras ke?). Dah jelas sangat pun maksud sebenar mereka. Takkan ada pemimpin Islam yang tergamak nak layan tuntutan IFC ni. Insya-Allah, benda mengarut ni tak akan jadi kenyataan selagi pemimpin-pemimpin kita masih ramai dianggotai oleh pemimpin beragama Islam.
Cuma, yang perlu kita risaukan, jika tiba suatu masa atau keadaan, dimana pemimpin-pemimpin beragama Islam yang mewakili kita ini, TIBA-TIBA JADI TAK BERKUASA, DAN TERPAKSA MENERIMA TUNTUTAN-TUNTUTAN ITU.
Teringat saya lirik lagu M.Nasir berjudul Anak-Anak Kita:
"Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka"
dan seterusnya...
"Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli korporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu"
Friday, April 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
betuuiii tu tokku tapi cuba habaqqq sikit noooo apa aku nak buat la ni ...apa kata hang pi beli kat aku M16 dan peluru nak pi tembak orng kapiaqqq dan pkr dajeeiii
Perang bukan penyelesai masalah. Lagipun, sejarah dah buktikan betapa peperangan yang berlaku dalam suasana perpecahan, pasti mengundang malapetaka.
Ingat sejarah Perang Uhud? Sejarah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis?
Nak bersatu pun kita tak mampu. Mampukah kita pergi berperang?
TOKKU,
nak habaq kat tookku sikit, kalau masalah ngara dah makin teruk,kepentingan orang islam dah tak dpt dipertahankan ,apa tokku nak buat? tokku kita ada askar yang 98% org islam kita kena wat camtu la askaq kan bersatu, awat lupa tokku toksah dok pi nak suruh org awam berperang tau ka depa,polis pun ada makan rasuah lain cirita tapi kalu boss depa suruh buat depo tembok je......ha apa tokku nak takut pasai bersatu,masa perang mmg kito akan bersatu blkg askaq ka polis ka bomba ka
tokwan,
betoi la askar tu 98% org islam. betoi la tu kalu dah takleh watpa, kita kena panggil askar je la perang. betoi la tu perang tu mmg keje askar, bukan keje org awam... saya tak bangkang pun, setuju sgt.
tapi, apa sumbangan kita org awam ni? tgk ja ka? dan kenapa perlu kita mengharapkan sampai ke peringkat perang baru boleh kita pertahankan kesucian agama kita ni? kenapa kita takleh buat dari sekarang? tanpa perlu perang?
saya teringat masa sekolah dulu, subjek agama islam. buku teks tulih, salah satu hikmah dari solat Jumaat ialah ia dapat menghimpunkan umat Islam beramai2 utk bersama2 berjemaah dimasjid. tak kira lah apa kerja mereka, dari mana asal datang, tinggi rendah, kaya miskin, yg pastinya setiap hari Jumaat semuanya akan akan sama2 kemasjid. Secara tak langsung, ia akan menunjukkan perpaduan umat islam, dan juga kekuatan umat Islam dari segi bilangan. Dgn ini, musuh2 Islam sedikit sebanyak boleh menjadi gerun melihat bilangan umat Islam yg begitu ramai berkumpul dan sama2 berjemaah mengikut SEORANG pemimpin (imam).
inilah yang saya maksudkan dgn seruan perpaduan. bila orang Melayu di Malaysia ni (org Islam la tu...) bersatu dan kuat, korang rasa berani ke puak2 tu nak demo tu demo ni, petisyen tu petisyen ni, dan tuntut benda2 ngarut tu???
diorang berani sekarang sebab diorang tgk "bilangan orang islam yg semayang jumaat kat masjid dah tak ramai, dan ramai jugak org Islam yg sama2 plak join dgn diorang lepak2 shopping/tgk wayang waktu Jumaat"....
dan satu lagi saya nak tanya, andai kata sampai la satu ketika bila terpaksa kena perang tu nanti, askar2 kita tu akan kena perang dgn sapa? cukup ke askar kita? terlawan ke dengan "mereka"???
Sudah la..50 tahun dah merdeka,kuasa kat tangan depa,depa buat apa....?tak buat apa..sapu lagi ada la...nak perang konon..perang temolok hang pa buleh la..
apabila kepimpinan lemah , maka culprit bangsa pendatang mulalah lupa diri, lupa asal dan naik sheikh nak tuntut macam2.
kepimpinan pak dol memang lemah dan harus diganti secepat mungkin.
kita perlukan pemimpin macam Che Det, yg tegas dan berani walaupun kurang islamik. tapi dia adalah umarak bukan ulamak, jgn lah kita expect lebih2 dr dia dlm hal2 ugama.
Post a Comment